Breaking News

Trending Template

Saterdag 15 Februarie 2014

Falsafah Menangis bagi Imam Husain as


Falsafah Menangis bagi Imam Husain as

Mengapa Aimmah a.s telah memerintahkan supaya pada 2 bulan : bulan Muharram dan bulan Safar diadakan majlis mengenang Imam Husain a.s dan peristiwa Karbala, dan untuk itu kita "terpaksa" mengeluarkan uang yang banyak, mengorbankan waktu, tenaga dan umur karenanya?
Di sinilah taklif syar’ie tanpa hikmah pasti tidak akan berlaku. Maksudnya bukanlah untuk sama-sama bersedih dan merasa kesengsaraan dan takziah atas Imam Husain a.s sebagaimana pembaca-pembaca rauzeh(kisah-kisah Imam Husain a.s di Karbala) menyebut di majlis-majlis Muharram adalah untuk menggembirakan Hazrat Zahra’s.a..
Kita menyangka bahwa dengan bertangis-tangisan yang sebanyak-banyaknya dapatlah bersama-sama berkongsi kesedihan serta kedudukan Rasul saww bersama Ahlu-Baitnya, ini salah. Betapa sebenarnya kita telah memperkecilkan mereka. Mereka lebih suka dan sentiasa menginginkan dan merindui akan keshyahidan dan berbangga dengannya.
Kita menganggap mereka (Ahlul-Bait a.s) selepas 1,320 tahun berlalu masih dalam keadaan berdukacita? Namun maksud sebenarnya kisah Karbala adalah :
1)       Untuk dijadikan satu maktab pembelajaran dan pendidikan yang selama-lamanya segar dan hidup.
2)       Satu Ugutan kepada musuh-musuh mereka dan mengutuk perbuatan mereka.
3)       Hazrat Zahra’s.a. beserta para Aimmah a.s pasti gembira dengan didirikan majlis sebegini tapi dengan  tujuan melalui memperingati anaknya Husain a.s itu seluruh manusia akan bahagia dunia dan akhirat dan mereka bergerak di atas landasan yang telah dimulakan oleh anaknya Husain a.s.
Sebagaimana Imam Sodiq a.s berkata kepada Abdullah bin Hammad Basri :- “Sesungguhnya kesyahidan Imam Husain a.s adalah bahang yang sentiasa membara di hati-hati setiap mukmin  yang tidak akan sejuk buat selama-lamanya.”
Justeru itu, siapa yang memahami sebab kesyahidan Imam Husain a.s pasti akan dapat menjangkau jauh kenapa diperintahkan supaya mendirikan majlis kesedihan ini dalam bulan Muharram dan Safar yakni 2 bulan dalam setahun.
Syahid Mutahhari r.a telah  menjelaskan berhubung dengan masalah bertangisan dalam majlis kesedihan ini. Tangisan dan tertawa boleh dikategorikan kepada 7 bagian:
1)       Tergolong kepada sifat-sifat dan tambahan-tambahan khas bagi seorang manusia.
2)       Dari segi faktor struktur kejadian jasmani dan rohani.
3)       Dari segi kesan-kesan dan implikasinya terhadap jasmani dan rohani.
4)       Dari segi akhlak dan aqidah ulama-ulama akhlak dan adab.
5)       Kesan-kesannya kepada masyarakat.
6)       Jenis-jenis tangisan dan tertawa, adakah tertawa itu baik dan tangisan itu buruk atau sebaliknya.
7)       Kategori tangisan atas Imam Husain a.s membawa kelezatan rohani yang memberikan ketenangan serta cahaya dalam jiwa.
Sewajarnyalah maktab Imam Husain a.s dibedakan dengan maktab-maktab lucu dan jenaka, film-film komedi dan film-film tragedi. Syair arab mengenai bab tangisan dan puji-pujiaan kepada tangisan berbunyi:
“Tangisan adalah penawar bagi setiap penyakit yang tidak ada obat, mata yang sentiasa berair menangis adalah sumber bagi rahmat Ilahi.”
Ketika mana seseorang itu mampu membuat orang lain menangis dan ketawa karenanya, pada hakikatnya dia telah mendapat tempat di hati orang ramai dan telah mengambil hati mereka.
Tertawa terbagi kepada tertawa penuh kasih sayang, sinis, gembira, marah, begitu juga dengan tangisan, bukan semuanya kerana kesedihan atau kedukaaan. Kiranya sudah berlaku pada semua orang dan telah merasakan kelezatan tangisan kerinduan. Dan pemandangan airmata yang mengalir kerana kerinduan dan keasyikan adalah pemandangan yang terbaik.
Ringkasnya, tangisan atas Imam Husain a.s bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat dan bukanlah sia-sia.





Geen opmerkings nie:

Plaas 'n opmerking

Designed By VungTauZ.Com